masa....
semua yang berlaku ke atas diri kita berkaitan dengan masa...tidak kira sama ada telah berlaku ataupun akan berlaku...kadangkala kita menyalahkan masa pabila tersalah tingkah...kadangkala kita mencari masa yang sesuai untuk perbuat sesuatu...ada diantara kita hidup berbayangkan masa lalu dan ada diantara kita menuju ke masa hadapan dan ada juga hidup berpandukan masa lalu untuk menuju ke hadapan...ada juga diantara kita membiarkan masa menentukan segalanya,adakah mungkin kerana tidak mahu berusaha???mungkin juga pasrah???mungkin juga tidak mahu berharap???dan banyak lagi kemungkinan lain yang setiap org ada alasan tersendiri...
kejamkah sekiranya kita menyakitkan org pada masa lalu dan mahu berbaik pada masa sekarang dan akan dtg???
salahkah kita mahu menjadi org yg lebih baik pada masa akan dtg???
perlukah kita menilai seseorg berdasarkan masa lalunya shj???
salahkah kita mengharap kepada kebahagiaan pada masa hadapan berdasarkan masa lalu kita???
hebatkah kita untuk menjangka apa yang akan berlaku pada masa hadapan???
adakah kita sentiasa betul pada masa lalu dan juga masa akan dtg???
mampukah kita menjangka berapa lama lagikah kita ada untuk mencapai apa yg kita mahu disamping menjadi umat kepada penciptanya serta memenuhi segala tuntutan???
nota kaki:segalanya terlibat dengan masa...tidak dpt disangkal bahawa masa adalah sesuatu yang plg rapat dgn kita...adakah kita sedar selama ini???
No comments:
Post a Comment