aku membuka
aku menjenguk
aku melihat dan
aku membaca....
apa yg aku bace dan lihat itu mmg bagus kerana dpt memberi keinsafan kepada yang ingin mencari keinsafan
tapi setiap perkara ada lebih dan kurangnya
dan sebagai perempuan yang mempunyai ibu yang digelar wanita,kakak yang berjantina perempuan dan adik yang dilihat sebagai perempuan aku tidak setuju dgn apa yang telah aku baca dan turut tidak setuju dgn kaum yang mengomen bahan bacaan itu....
iye,mmg betul kaum yang 1 ini iaitu perempuan adalah pintu yang paling mudah menjerumus kepada maksiat
tapi bukankah lelaki itu dicipta sebagai seorang yang kuat dan juga sebagai peminpin kepada kaum wanita????sekiranya perempuan yang melakukan kesilapan dengan membuka aurat dan ianya dikatakan sebagai punca lelaki menambah dosa kerana melihat aurat perempuan dan juga mereka2 ini naik ghairah,dimanakah fungsi lelaki yang berhampiran dengan perempuan itu untuk membimbing dan memdidik????kalau pun tidak ingin membimbing dan mendidik perempuan yang telah melakukan kesilapan itu,dimanakah fungsi lelaki yang disifatkan kuat itu untuk mengawal apa yang perlu dikawal?????kenapa perempuan juga disalahkan atas kekurangan mereka yang tidak mampu menahan hawa nafsu sendiri????
mmg betul tindakan org yang menerbitkan bahan bacaan itu kerana ingin menegur kaum perempuan tetapi kenapa perlu meletakkan kesilapan itu dibahu perempuan 100peratus????hanya kamu lelaki tidak semestinya kaum kamu itu sempurna sepenuhnya sehinggakan semua kesalahan diletakkan pada perempuan...salah perempuankah sekiranya kamu melihat aurat perempuan sedangkan kamu boleh mengalihkan pandangan kamu itu....salah perempuankah sekiranya kamu naik ghairah sedangkan ghairah itu berada dalam kawalan kamu 100peratus....sekiranya semua yang berlaku itu salah perempuan,maka sempurnalah kamu sebagai mahkluk Allah yang paling lengkap...tetapi sedarkah kamu2 yang meletakkan kesalahan pada perempuan bahawa KEBANYAKAN LELAKI ADALAH PUNCA PEREMPUAN MELAKUKAN KESALAHAN...
notakaki:n3 ini adalah luahan semata2 dan timbul akibat ketidakpuasan hati....maaf kepada lelaki yang terasa kerana sape makan cili dia yang terasa pedasnya...so klu xmakan cili duk diam2 k....jgn nk emo lebey plak...
No comments:
Post a Comment